Jaminan Pemulangan Wang Dalam 14 Hari

Kepuasan anda adalah penting untuk kami. Jika produk yang dibeli tidak menepati jangkaan anda atau anda ingin mengubah fikiran, anda boleh memulangkan peranti anda secara percuma. Sila gunakan borang di bawah untuk menerima label pemulangan percuma anda. Kami tidak akan menawarkan pembayaran balik selepas 14 hari anda menerima pesanan anda.

Bagi peranti terpakai, anda boleh memulangkan peranti yang dalam keadaan sempurna dalam masa 14 hari selepas penghantaran untuk mendapat pembayaran balik penuh. Untuk kelayakan pemulangan peranti, peranti anda mesti dipulangkan dalam keadaan yang asal semasa anda menerimanya, bebas dari kata-kata laluan dan akaun iCloud/Google dan dipulangkan dengan semua aksesori asal. Jika terdapat tanda-tanda jelas yang peranti tersebut sudah digunakan atau ianya sudah rosak, kami tidak akan memberikan pembayaran balik dan akan menghantar peranti tersebut kepada anda semula.

Bagi peranti yang baru, anda boleh memulangkan peranti yang masih dalam kotak dengan keadaan sempurna dalam masa 14 hari selepas penghantaran untuk mendapatkan pembayaran balik penuh. Sila ambil perhatian yang kami hanya menerima peranti yang belum dibuka dalam kotak yang asal. Jika peranti telah dibuka atau rosak, kami tidak akan memberikan pembayaran balik dan akan menghantar peranti tersebut kepada anda semula.

Bila saya akan menerima pembayaran balik?
Selepas anda menghantar borang di bawah, perkhidmatan pelanggan kami akan menghubungi anda dan memberikan label pemulangan dalam masa 3 hari bekerja. Sebaik saja vendor kami menerima produk yang dipulangkan, produk tersebut akan diperiksa dan kami akan memulakan proses pembayaran balik dalam masa 4 hari bekerja. Jumlah pembayaran balik akan dipaparkan dalam akaun bank anda dalam masa beberapa hari. Jika anda masih tidak menerima pembayaran balik dalam masa 7 hari selepas anda menerima notis pembayaran balik dari kami, sila hubungi kami melalui emel di finance@reebelo.com.

 

Waranti 3 Bulan

Tidak seperti stor elektronik atau produk terpakai yang lain, kami yakin dengan peranti-peranti yang kami tawarkan - kerana itulah kami menawarkan waranti percuma dengan setiap peranti. Bagi peranti terpakai, waranti disediakan oleh vendor. Bagi peranti baru, waranti asli dari pembuat peranti akan disertakan dengan peranti tersebut. Jika terdapat sebarang kerosakan semasa tempoh waranti, peranti anda akan dibaiki, atau jika ianya tidak ideal, akan digantikan secara percuma.

 

ReebeloCare 12 Bulan

ReebeloCare boleh dibeli untuk mendapatkan perlindungan tambahan untuk peranti-peranti terpilih. ReebeloCare merangkumi semua jenis kerosakan (perkakasan + perisian) yang memberi kesan kepada penggunaan peranti dari masa pembelian sehinggalah tamat tempoh ReebeloCare. Jika terdapat kerosakan yang tidak disengajakan yang tidak dilindungi oleh ReebeloCare (contoh telefon terjatuh atau kerosakan disebabkan terdedah kepada air), anda boleh mendapatkan diskaun untuk pembaikan.

Apakah perlindungan yang diberi dalam tempoh waranti & ReebeloCare?

Kami mempercayai kualiti produk-produk kami. Oleh itu, perlindungan kami adalah lebih menyeluruh dari pasaran semasa. Waranti kami memberi perlindungan untuk semua jenis kerosakan (perkakasan dan perisian) yang memberi kesan kepada penggunaan peranti dari masa pembelian sehinggalah tamat tempoh waranti.

Apakah yang TIDAK dilindungi?

Waranti kami tidak melindungi kerosakan yang berpunca dari pelanggan atau pihak ketiga. Ini adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kemalangan fizikal seperti telefon yang terjatuh, kerosakan air dan memasang perisian yang diragui. Jika kami mendapati peranti anda mempunyai tanda-tanda kerosakan ini, kami akan memulangkannya kepada anda tanpa membaikinya. Sebarang pembaikan pihak ketiga yang dilakukan oleh rakan pembaikan yang tidak sah Reebelo yang tidak disetujui sebelumnya akan membatalkan baki jaminan.

Walaupun begitu, anda boleh menghubungi kami jika peranti anda mengalami masalah selepas tamat tempoh waranti. Kami akan menguruskan pembaikan dengan rakan-rakan kami pada harga istimewa untuk anda.

Apakah proses-proses yang akan dilalui?
Selepas anda menghantar borang di bawah, perkhidmatan pelanggan kami akan menghubungi anda dan memberikan label pemulangan dalam masa 3 hari bekerja. 

Sebaik sahaja vendor kami menerima produk yang dipulangkan, ia akan diperiksa dan dibaiki atau diganti dalam masa 3-7 hari perniagaan selepas peranti diterima. Sila ambil perhatian yang anda hanya akan menerima produk gantian selepas vendor kami menerima dan memeriksa peranti yang dipulangkan. 

Reebelo dan vendor kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data semasa sebarang tuntutan. Anda mesti mengalih keluar sebarang akaun Apple ID/Kod Laluan/Google sebelum menghantar item untuk tuntutan. Tuntutan tidak boleh diproses jika peranti yang dikembalikan mempunyai sebarang ID Apple/Kod Laluan/akaun Google. Anda bertanggungjawab untuk membungkus peranti dengan selamat untuk penghantaran. Sebarang kerosakan atau kehilangan semasa dalam transit adalah tanggungjawab penghantar.


 

Borang pemulangan & waranti

Sila isikan maklumat yang diperlukan. Kami akan menyiasat isu tersebut dan menghubungi anda secepat mungkin untuk langkah seterusnya.

Nilai diperlukan
Nilai diperlukan
Nilai diperlukan
Nilai diperlukan
This field is required
Terima kasih!