Dasar privasi

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana maklumat peribadi anda dikumpulkan, digunakan, dan dikongsi semasa anda mengunjungi atau membuat pembelian dari https://www.reebelo.com.my (" Laman ").

 

Maklumat peribadi yang kami kumpulkan

Apabila anda melawat Laman, kami akan mengumpul maklumat-maklumat tertentu mengenai peranti anda secara automatik, termasuk maklumat mengenai pelayar web anda, alamat IP, zon waktu, dan sebahagian cookies yang dipasang dalam peranti anda. Tambahan lagi, semasa anda melayari Laman, kami mengumpul maklumat mengenai laman web individu dan produk yang anda lihat, laman web atau istilah carian yang membawa anda kepada Laman, dan maklumat mengenai bagaimana anda berinteraksi dengan Laman. Kami merujuk kepada maklumat-maklumat yang dikumpul secara automatik ini sebagai "Maklumat Peranti".

 

Kami mengumpul Maklumat Peranti dengan teknologi-teknologi berikut:

- "Cookies" adalah fail data yang dijumpai dalam peranti atau komputer anda yang mempunyai pengecam tanpa nama yang unik. Lawat http://www.allaboutcookies.org untuk maklumat lanjut mengenai cookies dan cara-cara untuk menyahaktifkan cookies.

- "Fail Log" menjejak aktiviti dalam Laman, dan mengumpul data termasuk alamat IP, jenis pelayar, penyedia perkhidmatan internet, rujukan/laman keluar, dan tarikh/masa.

- "Signal web", "tag", dan "piksel" adalah fail elektronik yang digunakan untuk merekod maklumat mengenai bagaimana anda melayari Laman.

 

Tambahan lagi, apabila anda membeli atau cuba membeli melalui Laman, kami mengumpul maklumat-maklumat tertentu daripada anda, termasuk nama anda, alamat bil, alamat penghantaran, maklumat pembayaran (termasuk nombor kad kredit), alamat emel, dan nombor telefon. Kami merujuk kepada maklumat-maklumat ini sebagai "Maklumat Pesanan".

 

Apabila kami menjelaskan "Maklumat Peribadi" di dalam Polisi Privasi ini, kami merujuk kepada Maklumat Peranti dan Maklumat Pesanan.

 

Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda?

Kami menggunakan Maklumat Pesanan yang dikumpul untuk memenuhi pesanan-pesanan yang dibuat di Laman (termasuk memproses maklumat pembayaran anda, menguruskan penghantaran, dan menyediakan invois dan/atau pengesahan pesanan). Kami juga menggunakan Maklumat Pesanan untuk:

- Berkomunikasi dengan anda

- Menyaring pesanan-pesanan untuk menapis risiko dan penipuan, dan

- Sejajar dengan pilihan anda, kami akan memberikan anda maklumat atau iklan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami.

 

Kami menggunakan Maklumat Peranti yang dikumpul untuk membantu kami menyaring potensi risiko dan penipuan (terutamanya alamat IP anda) dan secara amnya juga untuk menambah baik dan mengoptimumkan Laman kami (sebagai contoh, dengan melihat analisis am mengenai bagaimana pelanggan kami melayari dan berinteraksi dengan Laman, dan juga untuk menilai keberkesanan kempen pemasaran dan pengiklanan kami).

 

Perkongsian maklumat peribadi anda

Kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga untuk membantu kami menggunakan Maklumat Peribadi anda, seperti yang dinyatakan di atas. Sebagai contoh, kami menggunakan Shopify sebagai asas kepada stor atas talian kami--anda boleh membaca dengan lebih lanjut bagaimana Shopify menggunakan Maklumat Peribadi anda di sini: https://www.shopify.com/legal/privacy. Kami juga menggunakan Google Analytics untuk memahami bagaimana pelanggan kami menggunakan Laman-- anda boleh membaca dengan lebih lanjut bagaimana Google menggunakan Maklumat Peribadi anda di sini: https://www.google.com/intl/en/policies/privacy/. Anda juga boleh memilih untuk tidak terlibat dengan Google Analytics di sini: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.

 

Akhir sekali, kami juga mungkin akan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan, untuk memberi maklum balas ke sepina, waran carian atau permintaan-permintaan yang sah untuk maklumat yang kami terima, atau untuk melindungi hak-hak kami.

 

Iklan tingkah laku

Seperti yang dijelaskan di atas, kami menggunakan Maklumat Peribadi untuk memberikan anda iklan bersasar atau komunikasi pemasaran yang mungkin berguna untuk anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana iklan bersasar berfungsi, anda boleh melawat halaman pendidikan Network Advertising Initiative ("NAI") di http://www.networkadvertising.org/understanding-online-advertising/how-does-it-work.

 

Anda boleh memilih untuk menarik diri dari iklan bersasar melalui pautan-pautan berikut:

- Facebook: https://www.facebook.com/settings/?tab=ads

- Google: https://www.google.com/settings/ads/anonymous

- Bing: https://advertise.bingads.microsoft.com/en-us/resources/policies/personalized-ads

 

Tambahan lagi, anda boleh menarik diri dari perkhidmatan-perkhidmatan ini dengan melawat portal penarikan diri Advertising Alliance di: http://optout.aboutads.info/.

 

Jangan jejak

Kami tidak mengubah pengumpulan data Laman kami apabila kami melihat tanda Jangan Jejak dari pelayar anda.

 

Penyimpanan data

Apabila anda membuat pesanan melalui Laman, kami akan menyimpan Maklumat Pesanan anda untuk rekod kami melainkan dan sehingga anda memohon kami untuk memadamkan maklumat ini.

 

Perubahan

Kami mungkin akan mengemas kinikan polisi privasi dari semasa ke semasa untuk memaparkan, sebagai contoh, perubahan kepada sistem kami atau atas sebab-sebab operasi, undang-undang atau pengawalseliaan.

 

Bawah umur

Laman ini bukan direka untuk individu-individu 18 tahun dan ke bawah.

 

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut mengenai amalan-amalan privasi kami, atau jika anda mempunyai soalan, atau anda ingin membuat aduan, sila hubungi kami melalui emel di support@reebelo.com.my atau melalui mel dengan maklumat di bawah ini:

 

REEBELO MALAYSIA SDN. BHD. 

6TH FLOOR, AKADEMI ETIQA NO.23 JALAN MELAKA 50100 KUALA LUMPUR W.P. KUALA LUMPUR MALAYSIA