Terma perkhidmatan

MUKADIMAH 

REEBELO MALAYSIA SDN. BHD. , (ACN 641 662 197, kemudian daripada ini REEBELO MALAYSIA), sebuah syarikat yang didaftarkan di Malaysia dengan alamat TINGKAT 6, AKADEMI ETIQA NO.23 JALAN MELAKA 50100 KUALA LUMPUR W.P. KUALA LUMPUR MALAYSIA, menerbitkan dan bertanggungjawab menjalankan operasi-operasi platform internet yang boleh diakses di alamat URL http://www.reebelo.com.my (kemudian daripada ini REEBELO). 

REEBELO adalah platform atas talian yang memberikan kemudahan kepada pelanggan (kemudian daripada ini PEMBELI) untuk membuat pembelian pelbagai jenis produk elektronik secara terus dari pelbagai jenis PENJUAL (kemudian daripada ini PENJUAL). 

PENJUAL ini adalah wakil profesional yang memerlukan penyelesaian untuk menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada PEMBELI melalui internet dengan menggunakan kemudahan yang diperibadikan bagi memberikan mereka kebolehlihatan dalam laman web. Pelanggan yang melayari REEBELO, PEMBELI dan PENJUAL kemudian daripada ini akan dirujuk sebagai PENGGUNA.

Syarat-syarat Am Penggunaan ini digunapakai untuk PENGGUNA yang melayari REEBELO dan REEBELO MALAYSIA. 

Penting

SEBARANG PENGGUNAAN REEBELO MENANDAKAN PERSETUJUAN PENGGUNA DENGAN SYARAT-SYARAT AM PENGGUNAAN (SAP).

 

  1. Definasi

Terma-terma berikut yang terkandung dalam Syarat-syarat Am Penggunaan (kemudian daripada ini "SAP") mempunyai maksud-maksud berikut:

  • "PEMBELI": bermaksud seorang PENGGUNA yang ingin membeli produk di platform.
  • "PEJABAT TADBIR": merujuk kepada keseluruhan platform, pembangunan IT, pangkalan data, dll yang disediakan oleh REEBELO MALAYSIA kepada PENJUAL untuk menguruskan kandungan, produk dan perkhidmatan yang dirujuk di REEBELO.
  • "PRODUK": bermaksud keseluruhan produk dan perkhidmatan yang dijual oleh PENJUAL dan ditawarkan di REEBELO.
  • "PERKHIDMATAN": merujuk kepada keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan oleh REEBELO MALAYSIA kepada PENGGUNA di dalam konteks operasi REEBELO.
  • "REEBELO": merujuk kepada platform yang diterbitkan oleh REEBELO MALAYSIA yang boleh diakses di alamat http://www.reebelo.com.my dan mengandungi keseluruhan laman web yang dihoskan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada PENGGUNA. 
  • "PENGGUNA": bermaksud sesiapa saja yang mengakses dan melayari REEBELO termasuk PEMBELI, PENJUAL dan secara amnya sesiapa saja yang mengakses REEBELO.
  • "PENJUAL": bermaksud mana-mana saja PENGGUNA yang berdaftar di REEBELO dengan tujuan menawarkan penjualan produk dan perkhidmatan. REEBELO MALAYSIA juga boleh dianggap sebagai PENJUAL di REEBELO untuk produk yang terpilih.
  • "PESANAN": bermaksud pesanan PRODUK yang dihantar melalui REEBELO yang tertakluk kepada Syarat-syarat Am Penggunaan.
  • "KONTRAK JUALAN": bermaksud perjanjian yang berkait dengan PESANAN dan hanya mengandungi penyertaan di antara PENJUAL dan PEMBELI sahaja.

2. TUJUAN

2.1. Tujuan REEBELO 

Tujuan REEBELO adalah untuk membolehkan PENGGUNA mendapat manfaat dari PERKHIDMATAN, iaitu:

  • untuk PENJUAL: kemungkinan untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka di atas talian
  • untuk PEMBELI: kemungkinan untuk melayari dan membeli PRODUK di atas talian

2.2. Tujuan Terma

Terma-terma berikut, yang termeterai di antara REEBELO MALAYSIA dan PENGGUNA (kemudian daripada ini dirujuk bersama-sama sebagai "PIHAK-PIHAK"), adalah bertujuan untuk menyatakan perjanjian kontrak yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab PIHAK-PIHAK yang menggunakan PERKHIDMATAN.

 

3. MISI REEBELO MALAYSIA SDN BHD. 

REEBELO akan menghubungkan PENGGUNA yang layak dirujuk sebagai PENJUAL dan PEMBELI, sekaligus membolehkan penjualan PRODUK. PRODUK yang dijual oleh PENGGUNA adalah tertakluk kepada KONTRAK JUALAN. Setiap PESANAN yang diterima oleh PENJUAL adalah tertakluk kepada KONTRAK JUALAN yang berasingan, yang menjelaskan perjanjian di antara PENJUAL dan PEMBELI saja.

Bagi transaksi yang tidak melibatkan REBEELO MALAYSIA sebagai PENJUAL, REEBELO MALAYSIA tidak memiliki produk yang dipasarkan melalui REEBELO, tidak mempunyai kawalan ke atas produk yang berkenaan dan tidak terlibat dalam transaksi di antara PENJUAL dan PEMBELI. KONTRAK JUALAN untuk setiap PRODUK adalah eksklusif dan hanya boleh digunakan di antara PENJUAL PRODUK berkenaan dan PEMBELI, dan REEBELO MALAYSIA hanya bertindak sebagai wakil teknikal.

Segala petanda harga PRODUK dan terma penghantaran disediakan oleh PENJUAL tanpa campur tangan REEBELO MALAYSIA yang akan dibayar dengan caj perkhidmatan yang dinyatakan dalam invois kepada PENJUAL sebagai bayaran PERKHIDMATAN. 

REEBELO atau PENJUAL boleh memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam KONTRAK JUALAN atau membatalkan pesanan pada bila-bila masa sebelum produk dihantar. Sekiranya berlaku pembatalan atau produk yang tidak dihantar, pembayaran akan dikembalikan sepenuhnya. REEBELO tidak bertanggungjawab sekiranya PENJUAL menolak atau membatalkan pesanan dan REEBELO tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penangguhan di luar kawalannya.

SAP tidak memberikan status pekerja, rakan kongsi, ejen atau wakil REEBELO MALAYSIA kepada PENGGUNA.

PEMBELI boleh menghubungi REEBELO MALAYSIA melalui saluran-saluran yang disediakan (pembualan, emel, telefon). Perkhidmatan pelanggan REEBELO MALAYSIA akan menguruskan pertikaian-pertikaian yang mungkin berlaku di antara PEMBELI dan PENJUAL.  

Waranti & ReebeloCare


4. PENERIMAAN TERMA

Penggunaan REEBELO dan PERKHIDMATAN REEBELO menandakan penerimaan SAP. Oleh itu, PENGGUNA bersetuju untuk memahami SAP dengan teliti apabila mengakses REEBELO. SAP ini boleh dijumpai di bawah setiap laman REEBELO melalui pautan dan boleh dirujuk pada bila-bila masa.

 

5. KEADAAN AKSES & PENDAFTARAN 

PENGGUNA mengakui mempunyai keupayaan dan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan REEBELO dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Peranti yang digunakan untuk mengakses dan menggunakan REEBELO adalah tanggungjawab PENGGUNA, termasuklah kos telekomunikasi yang berkaitan dengan penggunaan peranti.  

PENGGUNA boleh mengakses REEBELO dan melihat PRODUK tanpa membuka akaun. 

PENGGUNA yang ingin menjadi PENJUAL boleh mengikut prosedur pendaftaran yang dijelaskan di bawah. REEBELO MALAYSIA mempunyai hak untuk menolak pendaftaran jika aktiviti-aktiviti PENJUAL menjejaskan imej REEBELO, tanpa sebarang kemungkinan untuk mengaitkan tanggungjawab REEBELO MALAYSIA dalam apa jua cara.

5.1. Prosedur Pendaftaran

PENGGUNA yang ingin membuka akaun harus menghubungi REEBELO MALAYSIA melalui vendor@reebelo.com.

PENGGUNA yang menjadi PENJUAL ketika pengesahan akaun oleh REEBELO MALAYSIA, menjamin yang data yang diberikan adalah tepat dan benar. Sebarang perubahan dalam situasi mereka mestilah dikemas kinikan dengan segera di PEJABAT TADBIR. 

Jika PENJUAL memberikan maklumat yang tidak tepat atau gagal mengemas kinikan maklumat, REEBELO MALAYSIA boleh menggantung atau membatalkan akaun PENJUAL tanpa sebarang notis atau ganti rugi.

5.2. Akaun penjual

REEBELO MALAYSIA akan memaklumkan PENGGUNA yang menjadi PENJUAL berkenaan penerimaan pendaftaran mereka melalui emel pengesahan. Dengan memohon dan mendaftar untuk AKAUN PENJUAL, PENJUAL mengakui yang mereka mempunyai pendaftaran sah sebagai peniaga barang terpakai, semua pengesahan yang berkaitan untuk mendagangkan alat telekomunikasi dan juga pendaftaran dan proses lain yang diperlukan oleh undang-undang terpakai untuk mengelakkan pelanggaran undang-undang untuk semua pihak yang terlibat semasa menggunakan REEBELO. Jika terdapat kerugian disebabkan pelanggaran undang-undang oleh PENJUAL, PENJUAL akan memberi ganti rugi kepada REEBELO. 

PENJUAL adalah bertanggungjawab di atas penggunaan pengenalan dirinya oleh pihak ketiga atau apa jua tindakan yang dibuat melalui akaunnya, sama ada penipuan atau tidak. 

REEBELO MALAYSIA tidak akan bertanggungjawab untuk kes pemalsuan identiti PENJUAL. Akses dan apa jua tindakan yang dibuat dari akaun PENJUAL akan dianggap berasal dari PENJUAL itu sendiri, dan REEBELO MALAYSIA tidak perlu dan tidak mempunyai kaedah teknikal untuk mengesahkan identiti individu yang mempunyai akses ke REEBELO dan PERKHIDMATAN.

Sebarang kehilangan, penyalahgunaan atau penggunaan tanpa kebenaran identiti PENJUAL dan akibatnya adalah tanggungjawab PENJUAL, yang mana PENJUAL perlu memaklumkan REEBELO MALAYSIA, dengan segera, melalui emel ke alamat berikut: vendor@reebelo.com.

5.2. Log masuk dan mereka akaun

Dengan log masuk ke akaun mereka, PENJUAL boleh: 

  • Mengubah kata laluan dan ID log masuk;
  • Mengakses semua maklumat peribadi;
  • Mengakses ciri-ciri lain PEJABAT TADBIR.

 

5.4 Penggunaan PEJABAT TADBIR dari akaun

Melalui PEJABAT TADBIR, PENJUAL boleh:

  • Menguruskan dan mengikuti pesanan,
  • Melihat pembayaran,
  • Berbual dengan PEMBELI,
  • Menguruskan pemulangan,
  • Menguruskan profil PENJUAL,
  • Melihat aktiviti secara visual melalui penunjuk prestasi.
  • Menguruskan terma komersial (harga menurun, kuantiti minimu dll)
  • Menguruskan inventori

 

5.5 Henti langganan 

PENJUAL boleh menutup akaunnya pada bila-bila masa dengan menghantar emel ke: vendor@reebelo.com. REEBELO MALAYSIA akan menyahaktifkan akaun tersebut secepat mungkin dan memaklumkan PENJUAL melalui emel mengenai pengesahan penutupan akaun dan pemadaman semua maklumat yang berkaitan di REEBELO.

Oleh itu, terpulang kepada PENJUAL untuk mengambil semula data yang diperlukan (fail data, dll) sebelum penutupan akaun.

 

  1. KEWAJIPAN

6.1. Kewajipan PENGGUNA

Setiap PENGGUNA bersetuju untuk tidak melanggar kesejahteraan awam dan mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada, dan menghormati hak-hak pihak ketiga dan peruntukan SAP.

Setiap PENGGUNA wajib:

  • Bertindak dengan adil terhadap REEBELO MALAYSIA, PENGGUNA lain dan pihak-pihak ketiga;
  • Jujur dengan maklumat yang diberikan kepada REEBELO MALAYSIA dan PENGGUNA lain;
  • Menggunakan REEBELO berdasarkan tujuan-tujuan yang dijelaskan dalam SAP;
  • Tidak menyalahgunakan REEBELO untuk melakukan jenayah, kesalahan atau pelanggaran undang-undang;
  • Menghormati privasi pihak-pihak ketiga dan kerahsiaan maklumat yang ditukar;
  • Tidak menggunakan REEBELO untuk menghantar mesej yang tidak disahkan (pengiklanan atau lain-lain); 
  • Tidak menyiarkan data yang mengganggu operasi REEBELO.

Sejajar dengan undang-undang dan peruntukan pengawalseliaan sedia ada, PENGGUNA bersetuju untuk tidak menyiarkan mesej atau maklumat:

  • meremehkan REBEELO MALAYSIA;
  • melanggar kesejahteraan awam dan moral;
  • kesat, fitnah, perkauman, xenofobia, kekasaran terhadap maruah atau reputasi orang lain;
  • hasutan diskriminasi, kebencian terhadap seseorang atau sekumpulan individu berdasarkan asal-usul mereka atau etnik,negara, kaum atau agama mereka;
  • mengancam seseorang atau sekumpulan individu;
  • karakter pedofil;
  • hasutan untuk melakukan jenayah, keganasan atau menyokong jenayah perang atau jenayah kemanusiaan;
  • hasutan membunuh diri;
  • allowing third parties to obtain directly or indirectly pirated software, software serial numbers, software allowing hacking and intrusion into computer and telecommunications systems, viruses and other logic bombs, and In general, any software or other tool that may affect the rights of others and the safety of persons and property;
  • komersial (mencari, meminta, melacurkan ...).

 

6.2. Kewajipan REEBELO MALAYSIA;

Prinsip-prinsip Umum 

REEBELO MALAYSIA tertakluk kepada kewajipan am dan tidak tertakluk kepada kewajipan yang lain-lain. REEBELO MALAYSIA tidak menjamin yang penggunaan REEBELO dan PERKHIDMATAN akan menaikkan keuntungan.

Akomodasi - Ketersediaan 

REEBELO MALAYSIA akan melakukan yang terbaik untuk memastikan REEBELO dan PEJABAT TADBIR boleh diakses 99% sepanjang tahun, kecuali untuk kes force majeure atau kejadian yang berada di luar kawalan REEBELO MALAYSIA. 

Walaupun begitu, REEBELO MALAYSIA tidak akan bertanggungjawab untuk gangguan yang bukan berpunca dari REEBELO MALAYSIA dan yang mengganggu penghantaran melalui internet dan secara amnya yang melalui rangkaian komunikasi, walau apa pun kepentingan dan tempohnya.

REEBELO MALAYSIA mempunyai hak untuk menghalang akses ke REEBELO buat sementara waktu atau menggantung semua atau sebahagian dari PERKHIDMATAN di atas sebab-sebab penyelenggaraan, penambahbaikan dan pemasangan fungsi-fungsi baru, menjalankan audit atau menghadapi kerosakan atau risiko kerosakan. 

 

  1. HARTA INTELEKTUAL

 

7.1. Pemilikan Hak Harta Intelek

PENGGUNA mengakui hak harta intelek REEBELO MALAYSIA atas REEBELO, komponen-komponennya dan kandungan berkaitan dan tidak akan mencabar hak-hak ini dalam apa jua bentuk. 

Tanda dagangan, logo, slogan, grafik, gambar, animasi, video, perisian dan teks dalam REEBELO adalah harta intelek eksklusif REEBELO MALAYSIA atau PENJUAL (mengenai kandungan yang disebarkan oleh PENJUAL) dan tidak boleh dihasilkan semula, digunakan atau diwakilkan tanpa kebenaran. Mana-mana PENGGUNA yang gagal mematuhi terma-terma ini akan didakwa.

Mana-mana pengolahan atau penghasilan semula, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, dengan REEBELO dan kandungannya, dalam apa jua cara, tanpa kebenaran REEBELO MALAYSIA, atau, kes yang melibatkan PENJUAL, yang berkaitan dengan kandungan yang disebarkan oleh mereka, adalah dilarang dan akan menjadi satu pelanggaran.

Secara khusus, REEBELO MALAYSIA melarang:

  • Penyarian, secara pemindahan kekal atau sementara keseluruhan atau sebahagian dari kandungan pangkalan data secara kualitatif atau kuantitatif ke medium yang lain, dengan apa jua cara dan dalam bentuk apa-apa saja;
  • Penggunaan semula, dengan memberi akses ke orang ramai keseluruhan atau sebahagian dari kandungan pangkalan data secara kualitatif atau kuantitatif, dalam bentuk apa-apa saja.

Penerimaan SAP adalah satu bentuk pengakuan hak harta intelek REEBELO MALAYSIA oleh PENGGUNA dan komitmen untuk menghormati pengakuan ini.

7.2. Lesen penggunaan REEBELO

REEBELO MALAYSIA memberikan lesen peribadi, bukan eksklusif dan tidak boleh dipindah kepada PENGGUNA yang membenarkan mereka untuk menggunakan REEBELO dengan berpandukan SAP.

Apa-apa saja eksploitasi ke atas REEBELO dan kandungannya tidak termasuk dalam kebenaran lesen ini dan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran REEBELO MALAYSIA.

 

  1. TANGGUNGJAWAB

 

8.1. Prinsip-prinsip umum

USER may engage the liability of REEBELO MALAYSIA after notification of the alleged breach by registered letter with acknowledgment of receipt, if REEBELO MALAYSIA has not answered within thirty (30) days after receiving this formal notice. In any case, the responsibility of REEBELO MALAYSIA can be sought only in case of proven fault. 

Through the SERVICES, the SELLER may request to be put in touch with one or more BUYERS. REEBELO MALAYSIA will remain a third party to the contract signed directly between the BUYER and the SELLER and can not therefore be liable in this respect.

Tanggungjawab REEBELO MALAYSIA tidak boleh diguna pakai dalam kes-kes:

  • tidak boleh mengakses REEBELO buat sementara waktu untuk operasi penyelenggaraan teknikal atau mengemas kini maklumat yang dipaparkan. PENGGUNA mengakui bahawa tanggungjawab REEBELO MALAYSIA tidak diguna pakai untuk keadaan di mana terdapat kerosakan atau gangguan kepada rangkaian atau perkakasan komputer PENGGUNA REEBELO;
  • serangan virus;
  • keadaan penggunaan luar biasa atau eksploitasi REEBELO;
  • berkaitan dengan kandungan di laman web pihak ketiga yang merujuk kepada pautan REEBELO;
  • ketidakpatuhan denga terma-terma oleh PENGGUNA;
  • kelewatan atau masalah prestasi tanggungjawab, di mana punca kelewatan atau masalah prestasi berkait dengan kes force majeure;
  • sebab-sebab luaran yang tidak boleh dikaitkan dengan REEBELO MALAYSIA.

Berkenaan dengan PERKHIDMATAN, REEBELO MALAYSIA ingin mengingatkan PENGGUNA yang protokol komunikasi melalui internet sedia ada tidak bermakna operasi penukaran elektronik (mesej, dokumen, identiti penghantar dan penerima) akan sentiasa berjalan lancar. REEBELO MALAYSIA tidak bertanggungjawab dalam kes kehilangan data, pencerobohan, virus, masalah perkhidmatan atau masalah-masalah lain yang tidak berkaitan dengan REEBELO MALAYSIA.

Berkenaan dengan perkhidmatan rujukan, paparan produk-produk PENJUAL dalam REEBELO sebagai maklum balas pertanyaan oleh PENGGUNA di dalam enjin carian REEBELO, dan secara khusus paparannya dalam keputusan yang ditunjuk, atau susunan atau penampilannya, adalah berdasarkan kriteria yang dipilih oleh PENJUAL. REEBELO MALAYSIA tidak bertanggungjawab di atas penampilan PENJUAL yang tidak baik di keputusan carian yang ditunjukkan kepada PENGGUNA di REEBELO.

Tanggungjawab REEBELO MALAYSIA tidak akan diguna pakai dalam apa jua keadaan, walau apa jua kejadian yang berlaku,untuk kerosakan secara tidak langsung dalam apa jua bentuk, kerugian kewangan atau komersial, keuntungan, gangguan komersial, prejudis dari pihak ketiga, atau tindakan dari pihak ketiga kepada PENGGUNA dan kesan-kesannya. PENGGUNA bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa-apa kerosakan, secara langsung atau tidak langsung, secara zahir atau tidak zahir yang disebabkan oleh mereka ke REEBELO MALAYSIA atau pihak ketiga semasa menggunakan PERKHIDMATAN.

8.2. Status pengehosan 

PENGGUNA mengakui REEBELO MALAYSIA adalah penyedia pengehosan. Oleh itu, REEBELO MALAYSIA berhak untuk memadam kandungan yang difikirkan haram atau tidak sesuai.

 

FORCE MAJEURE

 

REEBELO MALAYSIA tidak boleh dipertanggungjawabkan, atau dianggap gagal mematuhi SAP, untuk sebarang kelewatan atau kekurangan prestasi, apabila punca kelewatan atau kekurangan prestasi berasal daripada kes force majeure seperti, secara khusus, serangan siber, ketiadaan peralatan, bekalan, alat ganti, alat peribadi atau alat lain; dan gangguan, penggantungan, kekurangan atau gangguan elektrik atau gangguan lain atau gangguan rangkaian komunikasi elektronik, dan untuk kes atau kejadian di luar kawalan REEBELO MALAYSIA yang melangkaui rumusan SAP dan mengelakkan perlaksanaan dalam keadaan yang normal.  

Dalam situasi yang berkenaan, PENGGUNA tidak boleh membuat tuntutan ganti rugi dan tidak boleh bertindak terhadap REEBELO MALAYSIA. Jika terjadi kes yang dijelaskan sebelum ini, REEBELO MALAYSIA akan berusaha untuk memaklumkan PENGGUNA secepat mungkin.

 

  1. PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

 

Setiap PIHAK memberi jaminan kepada PIHAK yang lain yang ia mematuhi kewajipan undang-undang dan pengawalseliaan sejajar dengan peranannya untuk melindungi data peribadi.

10.1.Berkenaan operasi REEBELO MALAYSIA 

Operasi REEBELO memerlukan pengumpulan data peribadi oleh REEBELO MALAYSIA.

Data ini penting dalam pengurusan REEBELO, dan jika diperlukan untuk menghantar buletin dan notifikasi lain kepada PENGGUNA yang memohonnya. Data ini akan diproses sejajar dengan tujuan pengumpulan data.

Oleh itu, PENGGUNA digalakkan untuk memahami Polisi Privasi REEBELO di https://www.reebelo.com.my/policies/privacy-policy yang akan memberikan maklumat lanjut mengenai pemprosesan data peribadi yang dijalankan REEBELO. PENGGUNA dengan data peribadi yang diproses mempunyai hak untuk mengakses, mengubah dan menghalang pemprosesan data peribadinya. Hak ini boleh diaktifkan melalui permohonan emel ke alamat contact@reebelo.com.

10.2. Mengenai proses yang dilakukan oleh PENJUAL

PENJUAL boleh mengumpul dan memproses data peribadi PENGGUNA REEBELO. Oleh itu, PENJUAL menjamin yang ia memproses data ini dengan mematuhi hak dan kewajipan undang-undang sedia ada.

 

  1. PERUNTUKAN AM

 

SAP ini diguna pakai untuk semua PENGGUNA REEBELO. REEBELO MALAYSIA mempunyai hak untuk mengemas kini dan mengubah SAP pada bila-bila masa. SAP yang terkini adalah yang dipaparkan semasa PENGGUNA menggunakan REEBELO.

Tiada penanda atau dokumen yang boleh mencipta kewajipan yang tidak disertakan dalam SAP, melainkan ianya termaktub dalam perjanjian baru di antara PIHAK-PIHAK.

PIHAK-PIHAK juga mengakui yang SAP sedia ada tidak boleh dianggap sebagai akta dengan entiti undang-undang dalam apa jua keadaan

Jika salah satu PIHAK tidak mengamalkan mana-mana fasal SAP, secara kekal atau sementara, tidak bermaksud fasal tersebut sudah diabaikan.

 

  1. BIDANG KUASA DAN UNDANG-UNDANG YANG DIPAKAI

 

Penggunaan REEBELO dan PERKHIDMATAN REEBELO harus mematuhi undang-undang Malaysia. PENGGUNA harus mengakui bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Jika terdapat pertikaian di antara PIHAK-PIHAK mengenai tafsiran, prestasi atau penamatan perjanjian ini, PIHAK-PIHAK akan berusaha untuk mencari penyelesaian dengan aman. 

PENGGUNA pertama kali dijemput untuk menghubungi dari REEBELO MALAYSIA di: contact@reebelo.com

Jika perjanjian tidak dapat dicapai, prosedur pengantaraan pilihan, yang dijalankan dengan semangat kesetiaan dan niat baik, akan dicadangkan untuk mencapai penyelesaian yang aman jika terdapat konflik yang berkaitan dengan kontrak ini, termasuklah kesahannya.

Sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan yang berpunca daripada atau berkaitan dengan kontrak ini, atau pelanggaran, penamatan atau tiada kesahan harus diselesaikan dengan penimbangtaraan sejajar dengan Peraturan-Peraturan Penimbangtaraan Mahkamah Tinggi Victoria. Tribunal timbang tara harus mengandungi penimbang tara yang dilantik oleh Victoria Bar. Lokasi penimbangtaraan adalah di Victoria. Sebarang keputusan oleh tribunal penimbangtaraan adalah tetap dan harus dipatuhi oleh semua pihak.